Pages

Powered by Blogger.
RSS

we love to breastfeed

we love to breastfeed

Susu ibu ada nutrien amat kritikal

Kebaikan penyusuan badan untuk bayi:

  1. Susu ibu membekalkan nutrien terbaik untuk bayi kerana ia mengandungi nutrien dalam kadar mencukupi.
  2. Kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar.
  3. Susu ibu, terutamanya kolostrum, menguatkan sistem imuniti bayi. Ia melindungi bayi daripada jangkitan seperti cirit-birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru.
  4. Susu ibu mencegah pelbagai masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik bayi.
  5. Susu ibu mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan otak. Ia membantu dalam meningkatkan kecerdikan anak.
  6. Ia tidak mudah tercemar dibandingkan dengan cara penyusuan lain.
  7. Susu ibu mudah diperoleh pada suhu yang betul setiap masa oleh itu ia tidak susah disediakan.
  8. Ia memberi keselesaan dan keselamatan emosi kepada bayi.
  9. Ia memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak.

Kebaikan penyusuan badan untuk ibu :

  1. Membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz asal dengan cepat serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin.
  2. Membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal dengan cepat.
  3. Mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.
  4. Menjarakkan kelahiran jika mengamalkan penyusuan ibu secara sepenuhnya.


Kebaikan lain:

  1. Tidak memerlukan perbelanjaan dan bekalan susu sentiasa ada.
  2. Baik untuk persekitaran kerana tidak memerlukan botol, tin dan kotak.


Sumber: Info Sihat, Kementerian Kesihatan Malaysia

(*kredit to harian metro)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

My Son

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers